Kerana acapkali saya perhatikan ibubapa yang membawa bayi/anak kecil ke luar rumah dengan pakaian yang nipis/selapis sahaja, walaupun bayi itu baru berumur 3 bulan.
Musim panas.
- Pakaikan pakaian yang diperbuat daripada kapas.
- Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar, terutamanya di bahagian leher dan badan.
- Jangan biarkan bayi berpeluh, untuk mengelakkan ruam. Pasanglah kipas di dalam bilik, tetapi tidak dihalakan secara terus ke arah bayi.
- Tukar lampin/pampers bayi sekurang-kurangnya 4 jam sekali. Periksa bahagian peha dan kemaluan anak anda jika ada ruam lampin (ini boleh menyebabkan bayi sakit dan tidak selesa).
- Jika keluar rumah, pastikan anak memakai selapis lebih daripada apa yang anda pakai. (rujuk Rule of Thumb di bawah).
- Pakaikan topi semasa anak anda di luar rumah (jangan biarkan kepalanya terdedah secara terus di bawah terik matahari).
Musim sejuk.
- Pakaikan stokin dan sarung tangan, serta sarung kepala.
- Pastikan ketebalan baju sesuai untuk menghadapi suhu yang beransur naik/turun.
- Jika keluar rumah, pastikan anak anda memakai selapis lebih daripada apa yang anda pakai. (Rujuk Rule of Thumb di bawah). Jangan biarkan dada dan kaki bayi/kanak-kanak terdedah dengan angin sejuk.
- Periksa anak anda dari semasa ke semasa untuk mengetahui samada dia 'overheat' atau tidak. (maksudnya, baju terlalu tebal sehingga bayi tidak selesa).
- Bukalah jaket atau selimut anak apabila sampai ke destinasi (cth pusat membeli-belah, rumah rakan) yang biasanya tidak sesejuk keadaan luar.
Rule of Thumb
Bayi/kanak-kanak kecil hendaklah dipakaikan SELAPIS LEBIH daripada orang dewasa.
0 comments:
Post a Comment