Senario 2: Seorang anak kecil menangis-nangis kerana tidak mahu tidur malam. Akhirnya ibubapa yang keletihan,lalu memasang cerita kartun dan dia menonton sehingga awal pagi.
Sekarang zaman teknologi. TV dan komputer mempunyai pro dan kontra dalam kehidupan seorang anak kecil.
Oleh kerana sekarang ada banyak program untuk kanak-kanak, ibubapa hendaklah memilih program berbentuk 'educational' berbanding kartun-kartun 'superheroes', perlumbaan dan banyak aksi berlawan.
Contoh:
Blues' Clues
Dora The Explorer
Sesame Street
Selain rancangan berbahasa Inggeris, ada juga rancangan mengaji, lagu-lagu doa Islam serta nasyid untuk kanak-kanak.
Namun, ibubapa jangan menganggap program/rancangan video itu sebagai 'babysitter'. Elakkan bayi/anak menonton berseorangan.
Cara yang terbaik ialah ibubapa meneman anak mereka sambil berinteraksi dan berbual dengan si anak. Bincang dan 'point out' perkara-perkara positif yang ditunjukkan oleh karekter program itu. Bina pertanyaan berkaitan rancangan yang ditonton dan minta anak-anak menjawab/ceritakan semula kepada anda.
Hadkan waktu menonton. Jika anak anda berusia dua tahun ke bawah, sebaik-baiknya tidak melebihi 30 minit sehari. Untuk yang lebih tua, tempoh yang disarankan ialah 1-2 jam sehari.
Begitu juga dengan permainan komputer. Aktiviti menonton dan bermain komputer bukanlah ganti kepada senaman fizikal dan bermain di luar rumah. Sekiranya anda ingin anak berhenti menonton/bermain komputer...tawarkan kepadanya permainan yang lebih menarik perhatian, seperti membuat art craft, bermain layang-layang, main Lego dan sebagainya.
Pastikan anak anda TIDAK KETAGIH rancangan tv/komputer.
1 comments:
""Cara yang terbaik ialah ibubapa meneman anak mereka sambil berinteraksi dan berbual dengan si anak""
thats absolutely right!
baca buku bergambar dengan anak2 bersama, menonton bersama, sambil ayah dan ibu mendidik anak2 melalui apa2 yang dilihatnya.
guru kami, syeikh Ahmad Hajain Hafizahullah, pernah memberitahu, anak2nya apabila mereka menonton tv, terlihat wanita yang terbuka auratnya, akan menangis sehinggalak tv ditutup.
Post a Comment