Friday 16 September 2011

Cara menanam minat membaca





  1. Mulakan sejak kecil. Sejak umur sebulan pun tak apa!
  2. Tetapkan satu masa khusus untuk membaca, dan lakukan dengan konsisten.
  3. Jadikan buku sebagai hadiah hari lahir, hadiah kejayaan peperiksaan atau lain-lain sambutan istimewa. Galakkan ahli keluarga dan saudara-mara yang lain melakukan hal yang sama.
  4. Bawa anak-anak ke kedai buku secara tetap (regular) dan peruntukkan sedikit belanja bulanan untuk membeli buku.
  5. Bawa anak-anak ke pesta buku atau acara-acara berkaitan dengan membaca, contoh persembahan puisi, acara bertemu penulis buku dan lain-lain.
  6. Langgan majalah khusus untuk anak-anak dan jadikan mereka sebagai penerimanya daripada posmen.
  7. Ibubapa sendiri menjadi model pembaca buku terbaik di hadapan anak-anak.




credit to: www.lovelybabypictures.com

Do's and Dont's
(diterjemah dan diolah daripada sini.)



Do

1- Luaskan 'skop' bahan bacaan. Bayi dan kanak-kanak kecil tidak mempunyai idea apa yang anda baca. Jadi anda boleh bacakan apa sahaja daripada suratkhabar, majalah anda, novel yang anda suka...yang penting kedua-dua pihak dapat meluangkan waktu membaca bersama-sama.

2- Kepelbagaian bahan bacaan. Selain buku, anda boleh tunjukkan album keluarga, kertas menu, kalendar di atas meja kepada anak anda. Apa sahaja bahan bercetak untuk dibaca!

3- Gunakan sentuhan. Buku 'sentuh-dan-rasa' merupakan alat yang bagus untuk meningkatkan kebolehan bayi dalam menggunakan deria sentuhan.

4- Ikut cara bayi anda. Ada waktu tertentu bayi anda suka buka dan tutup bukunya sahaja, atau menyusun dan memunggahkannya kembali. Itu juga dikira 'membaca'. Menjadikan buku sebagai bahan yang menyeronokkan membantu anak anda melihat buku sebagai salah satu perkara yang menggembirakan kehidupan harian mereka.

5- Buku sentiasa berdekatan. Letak buku di dalam stroller, beg bayi, kereta, berdekatan kerusi makan, malah di dalam bilik air (ada buku yang kalis air untuk tujuan ini). Ianya dapat membantu alih perhatian anak anda pada waktu-waktu anda ingin melakukan kerja.

6- Bersedia untuk mengulang. Bayi kerap mempunyai buku, gambar atau mukasurat tertentu yang menjadi kegemarannya. Mengulang bacaan tidak membosankan si anak. Tidak mengapa, dia akan mempunyai buku kegemaran yang baru pula selepas itu.

7- Tunjuk ke arah gambar. Bagi bayi dan anak kecil, ilustrasi adalah lebih penting berbanding perkataan. Anda tidak perlu membaca setiap patah perkataan di dalam buku, tetapi tunjukkan gambar-gambar yang ada dan gunakan perbendaharaan kata yang sesuai.

8- Sertai perpustakaan awam. Ianya cara yang bagus untuk menambahkan pendedahan berkaitan membaca. Anda boleh menyertai kumpulan 'story-telling' dan berjumpa dengan keluarga yang lain.


Don't:

1- Berkecil hati apabila anak tidak mahu membaca. Anak anda mungkin kelihatan 'relax' dan bersedia untuk membaca bersama anda, tetapi selepas satu muka surat, dia mulai resah atau enggan  meneruskan bacaan. Tidak mengapa, hentikan aktiviti bacaan untuk sementara waktu.

2- Terkejut atau geram apabila anak anda merangkak ke tempat lain. Dua perkara untuk diingati tentang anak yang merangkak, dia lebih berminat kepada benda-benda yang bergerak, dan dia tetap boleh mendengar suara anda. Jadi, teruskan bacaan anda...dia akan datang semula kepada anda. (jika tidak, anda boleh mencuba lain kali pula.)

3- Marah apabila anak mengoyakkan buku. Anak anda mengoyakkan bukunya? Jangan marah. Sesetengah buku dibuat supaya tahan walaupun digigit oleh bayi. Bagi anak 3-6 tahun, mereka berminat membantu anda membaiki mukasurat yang rosak. Sediakan pita pelekat untuk ini.

4- Merasa perlu menghabiskan setiap buku yang anda baca. Bagi bayi atau anak kecil, proses membaca lebih penting berbanding hasil (outcome). Anda mungkin tidak sampai ke penghabisan cerita, tetapi anda dapat meluangkan masa berharga bersama si buah hati.

5- Memberi buku bayi kepada oranglain dengan awal. Walaupun anak anda sudah membesar, dia mungkin suka membaca kembali buku-buku yang pernah dibacanya ketika kecil.

6- Memandang rendah keupayaan anak. Anda mungkin tidak nampak secara jelas pada awal perkembangan anak anda, tetapi membaca membantu penguasaan bahasa dan meningkatkan intelek anak anda kelak.