Saturday 13 March 2010

Demam kuning bayi

Di Mesir. Kalau bersalin pagi, petangnya ibu dan anak sudah boleh pulang ke rumah (jika kedua-duanya sihat). Jarang ibu-ibu di sini yang tinggal di hospital sehingga 2-3 hari, dan bayi  pun jarang diletakkan dalam inkubator yang ada rawatan fototerapi.


Rawatan fototerapi (berlampu biru/ungu) bertujuan untuk merawat demam kuning yang sering dialami bayi yang baru lahir. Tetapi jika anda bersalin di Mesir, boleh pulang awal. Jadi, bagaimana dengan demam kuning bayi anda?


Sebenarnya demam kuning bayi ada beberapa kategori.

1. Jika bayi mula mengalaminya dalam tempoh 24jam selepas kelahiran :
  • Penyakit hemolitik (melainkan ujian darah menunjukkan sebaliknya) = contohnya, ibu yang berdarah Rhesus negatif dan bayi berdarah Rhesus positif.
  • Jangkitan antenatal seperti syphilis, toxosplasma dan rubella.
2. Jika bayi mengalami demam kuning bermula hari kedua atau ketiga selepas lahir, kemungkinannya adalah:
  • Physiological jaundice.
  • Jangkitan antenatal (seperti di atas)
  • Criggler-Najlar syndrome (genetik)
3. Jika bayi mengalaminya selepas hari ke-3 hingga ke-7 kelahiran:
  • Jangkitan antenatal (seperti di atas)
  • Jangkitan dalam aliran darah (meningitis, penumonia, jangkitan pada tali pusat)
  • Spherocytosis dan G6PD deficiency

Demam kuning yang tidak perlu anda risau ialah physiolgical jaundice, iaitu apabila bayi mulai mengalami demam kuning pada hari kedua kelahiran dan biasanya beransur hilang selepas dua minggu. Ini terjadi kerana hati bayi masih belum matang untuk memproses bilirubin yang ada di dalam darah. Bilirubin yang telah diproses akan dibuang melalui najis. Semasa bayi di dalam kandungan, proses ini dilakukan oleh hati ibu.

Apa yang perlu anda buat ialah: 
  • Susukan bayi dengan susu badan sekerap mungkin, kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dengan lebih kerap, oleh itu menyingkirkan bilirubin daripada badan.
  • Jemur bayi bawah cahaya matahari PAGI, bukan tengahari atau petang ya...dan pastikan mata anak anda ditutup dengan kain/penutup mata untuk elak silau.

Ada juga petua-petua lain seperti amalkan memakan kurma semasa mengandung, beri bayi minum susu kambing dan mandikan dengan ubat sensei Cina. Tapi secara peribadi, saya tidak menyokong pemberian makanan luar (selain susu ibu) kepada bayi baru lahir kerana sistem penghadaman mereka belum dapat menerima makanan luar tersebut, dikhuatiri boleh menyebabkan kesan buruk seperti sembelit dan lain-lain.


Jika bayi mempunyai gejala-gejala berikut, dapatkan nasihat doktor sesegera mungkin:
  • Bayi mengalaminya sejak hari pertama kelahiran.
  • Demam kuning yang berterusan melebihi dua minggu.
  • Bayi kelihatan lembik/terkulai, enggan menyusu, suhu badan yang tinggi, sukar bernafas dan terlalu banyak tidur.

Seperti biasa, janganlah teragak-agak berjumpa doktor untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau bertanya apa sahaja yang anda musykilkan berkenaan bayi anda, walaupun anda berasa soalan yang anda ada remeh dan kecil.

    4 comments:

    Ustazah Amirah Muda said...

    salam aina..
    jika mengikut kaedah perubatan Islam, Rasulullah mentahnikkan bayi yg baru lahir dengan kurma dan air zamzam. Sebaiknya dibuat pada hari pertama. Si Ayah boleh buat sendiri. Kunyahkan kurma sedikik kemudian letak pada jari dan suapkan kemulut kecil sibayi. Biarkan sikecil menghisap manisan kurma ditangan ayah. ini akan dapat mengikat lagi kasih antara ayah dan sikecil. Sebaiknya si ayah berwudhuk sebelum mentahnik bayi. Si Ayah yg merokok rasanya tidak sesuai untuk mentahnik bayi. Jadi pastikan anda berusaha untuk berhenti merokok kepada yg merokok. Anak sihat ayah sihat, ayah soleh anak soleh. Semoga semuanya dalam redha Allah..

    Ummu Alfateh said...

    apa agaknya kebaikan kita tahnik bayi ya kak? Menarik juga tajuk tahnik ni. Insya Allah saya masukkan dalam senarai tajuk yang boleh dibuat post kat sini. syukran banyak2...

    Faridrashidi said...

    Sahabat saya baru saja bergelar bapa. dia turut lakukan perkara yang sama - menjemurkan bayi diwaktu pagi.

    Unknown said...

    Kenapa kalau bapa yang merokok xboleh mentahnik bayi.. ? Sedangkan mentahnik bukan waktu bapa sedang merokok.. Sy kurang fasih.. Sekian

    Post a Comment