Sunday 28 February 2010

Masalah tidur bayi/kanak-kanak

Antara masalah yang sering tidak diambil serius oleh ibubapa di Mesir adalah masalah waktu tidur anak yang tidak tetap. Ada sesetengah kanak-kanak yang berjaga di waktu malam dan tidur sepanjang waktu siang. Sepatutnya ibubapa melatih anak-anak supaya mematuhi waktu tidur yang betul, kerana tidur sangat penting bagi tumbesaran fizikal dan mental mereka.

Mengapa mesti tidur malam?

Setelah cahaya matahari hilang dan bermulanya waktu malam, badan akan mula mengeluarkan hormon melatonin. Melatonin akan membuat kita mengantuk dan 'internal clock' dalam badan kita akan mengetahui bahawa waktu tidur sudah tiba. Waktu tidur adalah waktu badan anak membesar dan membaiki sel-sel yang rosak. Selain itu, tidur yang cukup dan berkualiti juga membolehkan si anak menjadi cergas dan mempunyai 'mood' yang baik pada keesokan hari.

Oleh itu, jika anda ingin anak anda mempunyai personaliti yang bagus, berprestasi baik di sekolah dan memiliki badan yang sihat, pastikan anak anda tidur secukupnya di malam hari.

Berapa jamkah waktu tidur untuk kanak-kanak?

0-2  bulan: 10 jam hingga 18 jam. 
  • Ketika ini, waktu tidur mereka adalah tidak tetap. Mereka mungkin tidur antara beberapa minit hingga beberapa jam. 
  • Biasanya mereka berjaga untuk 1-3 jam, kemudian tidur kembali, dan berjaga kembali (1-3 jam) dan kitaran ini berulang.
3-11 bulan:  9-12 jam sehari pada waktu malam, dan 30min hingga dua jam untuk 'nap' (tidur siang).
  • Kebanyakan bayi berusia 9 bulan sudah boleh tidur sepanjang malam tanpa berjaga untuk minum susu (atau hanya terjaga sekali dua).
  • Nap pada usia ini biasanya antara 1-4 kali, dan ia semakin berkurang apabila bayi menghampiri usia setahun.
1 tahun - 3 tahun:  12-14 jam pada waktu malam, 1-3 jam untuk 'nap'.
  • Nap pada usia ini hanya sekali (sekitar antara zohor dan asar), dan tidak sepatutnya menghampiri waktu tidur malam kerana ini akan melambatkan pula tidur malam mereka.
  • Nighttime fear dan nightmare (mimpi ngeri) adalah biasa pada peringkat ini, dan menyebabkan mereka terjaga malam.
3 - 5 tahun:  11-13 jam pada waktu malam
  • Nap juga berkurang kepada sekali sehari, dan selepas berusia 5 tahun, kebanyakan kanak-kanak tidak nap langsung. Selain nighttime fear dan nightmare, sleepwalking juga biasa pada usia ini.

Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa melatih anak-anak supaya mematuhi waktu tidur yang ditetapkan, dan bukannya hanya membiarkan anak mereka bermain 'games' atau menonton kartun sepanjang malam. Bahkan ibubapa sendiri perlu menjadi model dengan menghentikan aktiviti apabila tibanya waktu tidur.

Action speaks louder than words.

    0 comments:

    Post a Comment