- Kismis (untuk dimakan pada waktu lapang, ganti kepada junk food).
- Pisang (merupakan pembekal tenaga 'segera').
- Aruzz billaban, yogurt dan zabado ( sesuai dimakan jika anda kurang gemar minum susu begitu sahaja).
- Roti 'ish dan fino (boleh menggantikan nasi jika semasa hamil anda tidak berselera dengan nasi).
- Kekacang (sama seperti kismis, murah dan mudah didapati).
- Kacang soya (untuk buat homemade air soya, tapi kena rajin sikit lah).
- Telur (protein sangat penting ketika hamil, dan ikan pula susah didapati, jadi mudah juga makan telur).
Makanan-makanan di atas nampak biasa sahaja kan? Tetapi jika menjadi menu semasa hamil, insya Allah anda sihat dan bakal melahiran bayi yang sihat juga!
Simple menu yang boleh anda buat:
- Makan roti cicah kari. Yummy!
- Cekodok pisang, lepat pisang, pancake pisang, kek pisang.....apa lagi ya?
- Sandwich telur, telur separuh masak, scrambled eggs, roti telur....
- Makan cornflakes (dengan susu ya) tambah kismis dan buah (strawberi/pisang).
- Puding roti
Hmmm...dah lapar pula. Sesiapa ada menu yang lain pula???
PS: Biasanya orang kata bayi yang lahir di Mesir tegap dan lebih berisi berbanding bayi yang lahir di Malaysia. Petuanya adalah dengan banyakkan memakan roti, 'ish/fino, aruzz billaban dan yogurt serta minum susu. Err, mungkin anak anda juga boleh menjadi tinggi (hehe, cubalah!).
PPS: Bukan sahaja sihat untuk ibu mengandung, untuk seisi keluarga pun bagus. Kurangkan pemakanan berminyak dan berlemak yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu, ok?
0 comments:
Post a Comment