Bismillahirrahmanirrahim....
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"
(An-Nahl : 78)
Ayat Al-Quran di atas sangat sesuai dikaitkan tumbesaran kanak-kanak. Ketika mereka kecil, daya ingatan mereka sangatlah kuat, kerana otak berkembang pesat terutamanya tahun pertama selepas kelahiran. Sebab itu orang tua-tua sangat marah jika kita menggunakan bahasa kesat di hadapan kanak-kanak kerana bimbang mereka akan mengikutnya. Dua tiga kali mendengar dan melihat sesuatu sudah cukup untuk si kecil menjadikannya memori kekal.
Pengalaman saya:
Lebih mudah mengajar hafazan Al-Quran kepada kanak-kanak yang berusia 3 tahun berbanding mengajarnya membaca Al-Quran. Ulang satu dua ayat untuk beberapa kali dan beberapa hari...ajar si kecil ikut menyebutnya. Insya Allah dia akan ingat, walaupun belum tahu membaca mushaf Al-Quran tu sendiri. Kemudian baca ayat baru, ulang ayat lama dengan tambahan yang baru, teruskan mengulang sehingga dia menghafalnya sebelum beralih ke ayat baru
Mungkin itu juga boleh menjadikan anak hafiz pada usia yang muda?Insya Allah, kalau istiqomah mak dan ayah melakukannya.
Sama juga dengan doa-doa harian. Kerap mengulangnya pada pendengaran kanak-kanak (bahkan sejak bayi lagi) memudahkan mereka menghafalnya. Sebelum mereka mengenal huruf, nombor dan perkataan, tak usah paksakan menghadap mushaf Al-Quran semata-mata untuk mengaji.Rangsang pendengaran terlebih dahulu, insya Allah mereka lebih mudah menghafaz.
Selamat mendidik!
Sunday, 4 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment