Sampai cucur atap,
Belum tumbuh tinggi,
Pandai baca kitab...
Haa, apa yang tak kena dengan rangkap di atas?
Timang tinggi-tinggi....itu memang sangat kerap orang Melayu lakukan. Anak kecil dilambung-lambung sambil diagah-agah.
Tahukah anda, perbuatan itu boleh menyebabkan SBS (Shaken Baby Syndrome)?
Definisi: Kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh goncangan, lambungan atau tolakan yang kuat, yang menyebabkan kecederaan serius di otak.
Siapa yang berisiko mengalami SBS: Bayi dan kanak-kanak di bawah 3 tahun.
Perbuatan yang boleh menyebabkan SBS:
- Melambung-lambung bayi ke udara
- Menggoncang bayi di dalam buaian dengan kuat
- Mendodoi bayi dengan kasar
- Berjoging atau berlari sambil mendukung bayi/anak
Akibat SBS:
- Pendarahan dalam otak
- Kecederaan tulang belakang
- Sawan
- Otot kaku
- Buta/kecederaan mata
Mengapa SBS boleh terjadi?
Bayi dan kanak-kanak di bawah 2 tahun mempunyai otot di leher yang lembut dan tidak tegap. Goncangan dan gegaran yang kuat memberi kesan terutamanya kepada salur darah di otak.
Pencegahan SBS:
- JANGAN menggoncang bayi/kanak-kanak kecil.
- Elakkan memegang bayi semasa anda sedang bergaduh/bertengkar dengan pasangan.
- Elakkan mendodoi bayi dalam keadaan marah.
- Pegang bayi sambil menyokong bahagian leher, terutama sekali jika anda menggunakan 'baby carrier'.
Kepada ibubapa yang baru sahaja mendapat anak, beringatlah. Pastikan anda, ahli keluarga dan rakan-rakan memegang bayi dengan cara yang betul.
0 comments:
Post a Comment