Langkah-langkahnya ialah:
- Tetapkan waktu tidur pukul berapa...ianya mestilah masa yang sama setiap hari.
- Hentikan aktiviti/permainan anak 30 minit sebelum waktu tidur yang telah ditetapkan.
- Suramkan lampu bilik anak anda.
- Mandi, gosok gigi, baca buku atau bercerita ringkas setiap kali sebelum tidur adalah 'clue' bagi anak anda bahawa selepas itu dia perlu tidur.
- Puji anak anda keesokan paginya kerana mematuhi waktu tidur.
Rutin di atas hendaklah dimulakan sejak anak memasuki peringkat 'toddler' (merangkak dan mula hendak bermain sendiri).
Jika anak mengalami masalah/gangguan ketika hendak tidur, amalkan :
- Surah Al-fatihah dan Ayatul Kursi sekali, dihembus ke seluruh badan anak.
- Surah 3 Qul, hembus ke tapak tangan anda, kemudian usap tubuh anak (3kali berturut-turut) .
(Terima kasih kepada Detik Perjuangan atas info yang dikongsi)
0 comments:
Post a Comment