Bila mahu dapat anak selepas berkahwin?
Berapa orang anak yang dimahukan dalam hidup anda berdua?
Apakah jarak umur yang sesuai antara seorang anak dengan anak berikutnya?
Soalan-soalan di atas adalah sebahagian daripada perancangan keluarga yang perlu dititikberatkan oleh pasangan berkahwin.
Mengapa?
- Memberi peluang ibu sembuh sepenuhnya (fizikal, mental dan emosi) selepas satu-satu kelahiran.
- Memberi peluang bayi/anak mendapat perhatian sewajarnya untuk dua tahun pertama.
- Supaya tidak sulit dalam sudut kewangan.
- Mengelakkan pengguguran/kelahiran yang tidak dikehendaki.
- Cara semulajadi: tidak melakukan hubungan kelamin 3 hari sebelum dan selepas tempoh subur isteri.
- Cara semulajadi: suami tidak memancutkan mani ke dalam faraj isteri.
- Pil perancang keluarga.
- Intrauterine device (IUD).
- Suntikan hormon (progestrone)
- Kondom
Peratus keberkesanan untuk cara semulajadi ialah 75%, manakala pil, IUD dan suntikan hormon berkesan sekitar 92-99%.
Kebanyakan di kalangan kita menganggap Islam melarang perancangan keluarga. Tetapi fikirkanlah, jika si ibu baru sahaja melahirkan anak, dan tiga bulan kemudian dia mengandung lagi, sebenarnya fizikal ibu masih belum cukup kuat dan sihat. Anak yang pertama tadi pula biasanya diberhentikan susuan badan kerana risau kandungan tidak cukup nutrisi. Sedangkan Islam sangat menggalakkan ibu menyusu anak sehingga umurnya dua tahun.
Oleh itu, marilah kita tingkatkan lagi kesedaran mengenai perancangan keluarga. Rujuklah doktor untuk mengetahui kaedah terbaik bagi anda dan pasangan anda, serta rujuk para ustaz dan ustazah untuk mengetahui hukum fiqh yang berkaitan.
ps: baca sini untuk mengetahui hukum fiqh berkaitan pil perancang, IUD, kaedah pemandulan dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment