Sebab tiada playground, dan suasana luar yang berdebu, maka ibubapa Melayu di Mesir lebih gemar menyuruh anak-anak bermain di dalam rumah. Pada musim panas, anak-anak dibawa jalan pada malam hari kerana lebih nyaman. Pada musim sejuk, bimbang pula jika kerap terdedah kepada angin luar menyebabkan sakit dada dan selsema.
Maka, Rickets menjadi salah satu masalah yang perlu dikenali oleh ibubapa.
Apa benda pulak Rickets tu?
Bukan raket tenis atau raket baminton ya mak-mak, ayah-ayah sekalian..
Definisi: Penyakit tulang yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D.
Bagaimana ia berlaku: Vitamin D diperlukan untuk proses menyerap kalsium daripada usus. Tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap dan seterusnya menyebabkan tulang rapuh atau membentuk dengan tidak sempurna.
Punca kurang vitamin D:
- Kurang terdedah kepada cahaya matahari.
- Kurang memakan makanan yang mengandungi vitamin D.
Tanda-tanda:
1) Pergelangan tangan membesar.
http://gadabouthealth.com/tag/infants/
2) Kaki bengkok
http://www.endotext.org/parathyroid/parathyroid8/figures/figure1.jpg
3) Lambat tumbuh gigi (delayed dentition)
4) Tengkorak lembut (craniotabes)
5) Tulang dada berbiji-biji (beading of ribs)
Okay, yang penting untuk ibubapa di Mesir...
- Pastikan anak anda terdedah kepada cahaya matahari, sekurang-kurangnya sehari sekali selama setengah jam. TERUTAMANYA pada musim sejuk. Jika rumah anda tidak dimasuk cahaya matahari, bawa anak anda bermain/berjemur di luar rumah. Waktu yang sesuai pada musim sejuk ialah sekitar jam 10 pagi-12 tengahari. Pada musim panas pula, waktu yang sesuai ialah sekitar 6.30 pagi- 8 pagi.
- Makan makanan yang mengandungi Vitamin D seperti telur kuning, hati dan daging lembu, cheese, minyak ikan, ikan tuna/salmon/makarel. Makanan yang diperkaya seperti bijirin oat dan susu tin juga sesuai diberikan kepada anak anda.
- Berikan Vitamin D tambahan terutama kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah. Jumpalah doktor bagi mendapatkan preskribsi (atau tanya sahaja doktor di farmasi).
Selain langkah pencegahan di atas, jika ke klinik/hospital, ibubapa bolehlah bertanya kepada doktor samada anak anda mempunyai masalah Rickets atau tidak . Ianya boleh diubati jika dikesan awal.
0 comments:
Post a Comment