Monday, 23 May 2011

Berus Gigi

Gigi susu pertama biasanya tumbuh apabila bayi berusia sekitar 4-6 bulan. Penjagaan gigi dan mulut bayi adalah satu proses yang perlu dimulai sejak bayi lahir. Perkara asas ialah membersihkan lidah dan gusi bayi selepas penyusuan dan juga semasa mandi, dengan cara ibu/bapa melembapkan hujung kain yang lembut (kain lampin contohnya) dan balutkan hujung jari, kemudian gosok bahagian dalam mulut bayi dengan lembut.

Apabila bayi anda sudah memiliki gigi susu, bolehlah belikan berus gigi khusus untuk bayi. Tujuan utama penggunaan berus gigi ini adalah untuk memperkenalkan berus gigi kepada si bayi dan membiasakan bayi dengan rutin memberus gigi.

Pengalaman Ummu Alfateh: Anak sulung hanya mengenali berus gigi sekitar umur 1 tahun, dan maknya yang beruskan gigi secara paksa, sebab Abang Fateh sangat tidak suka dengan berus gigi. Agaknya dia rasa pelik kenapa perlu ada benda asing digosok2 ke dalam mulutnya. Kebetulan pula masa si Abang membesar, belum ada berus gigi bayi (setahun dua ini je yang baru ada, made in China jadi agaknya ada lah peniaga dari China yang dah bawak masuk ke Mesir).

Adik Hajar pula lebih 'mesra' berus gigi, sebab sudah mula dibiasakan dengan bermain berus gigi setiap kali mandi. Kasihan Abang, gigi rongak, nak buat macam mana, ibunya tak berpengalaman lagi masa tu T__T.

Contoh berus gigi bayi (daripada http://www.galtak.com/k107.html) :


Ada 'safety shield' untuk elak bayi jolok terlalu dalam semasa memberus gigi.

Jenis yang Ummu Alfateh beli untuk Hajar lebih kurang macam ni lah. Ada design khusus untuk 6-8 bulan, 8-10 bulan dan 10-12 bulan. Beli satu set di Lu'lu' Center dalam LE30 lebih, kemudian baru ni ada jumpa di Spinney LE50 untuk set yang sama.

Hmm, at last, dapat juga update blog ni (alhamdulillah!).  :P

0 comments:

Post a Comment