Kedua-dua istilah ini penting sebagai titik tanda beradab dan bersopan-santun. Tetapi bila dan bagaimana ibubapa boleh mengajarkannya?
Cara yang paling berkesan: Amalkannya di hadapan anak-anak.
Contoh mudah, si ibu berkata kepada ayah: Tolong ambilkan cawan ya. Selepas ayah memberikan cawan, ibu menjawab: Terima kasih.
Jika ini menjadi kebiasaan, si anak terkesan dengan tanggapan 'Tolong' dan 'Terima kasih' adalah satu perkara yang mudah tetapi bernilai.
Tetapi perkara ini tidak dapat diajar dalam masa sehari, seminggu atau sebulan sahaja. Boleh jadi ia ambil masa berbulan-bulan. Jadi ibubapa hendaklah sabar dan terus berulang-ulang menyebut dan mempraktikkan penggunaan istilah-istilah begini.
Antara beberapa cara yang dikongsi dalam forum keibubapaan:
- Apabila si anak hendakkan sesuatu (contohnya biskut), si ibu ambilkan sebutkan dahulu 'Tolong berikan saya biskut', kemudian baru hulurkan biskut tersebut kepada anaknya. Sebelum melepaskan biskut tersebut, si ibu ucapkan, 'Terima kasih,ibu' dan minta anak ikut menyebutnya. Setelah itu barulah si anak boleh memakan biskut tadi.
- Jika si anak meminta dengan cara kasar, si ibu tidak mengendahkan permintaan itu. Hanya selepas menggunakan perkataan 'Tolong/Bolehkah saya...' barulah permintaanya dilayan.
- Atau cara lain, jika si anak meminta dengan cara kasar, si ibu (atau bapa) memandangnya sambil bertanya, 'Adakah itu cara yang betul?'. Kemudian biarkan anak berfikir.
- Elakkan memarahi atau menunjukkan reaksi negatif apabila anak tidak menggunakan tatatertib sepenuhnya, kerana pada usia awal mereka masih dalam proses belajar. Sebaliknya, berikan pujian dan galakan apabila mereka berjaya menunjukkan adab dan akhlak mulia yang dikehendaki ibubapa.
- Interaksi dengan orang bukan ahli keluarga perlu dititikberatkan. Jika si anak bersikap kasar terhadap mereka, ibubapa mestilah tegas memberitahu kesilapan si anak. Jangan kalah dengan tangisan atau amukan anak-anak walaupun di hadapan orang lain, supaya si anak berpendapat tangisan dan amukan di hadapan orang lain adalah cara membolehkannya mengawal ibubapa.
0 comments:
Post a Comment