Friday, 9 December 2011

Bermain blok





 kredit gambar: www.123rf.com


Permainan blok mempunyai beberapa kelebihan kepada kanak-kanak seperti:

1) Melatih koordinasi tangan-mata.

Si kecil akan memberi sepenuh tumpuan untuk membina blok dengan berhati-hati supaya tidak jatuh.
Ini memerlukan pergerakan mata yang selari dengan pergerakan tangan. Koordinasi tangan-mta secara mudah bermaksud : objek yang dilihat akan diproses oleh otak dan kemudian otak menghantar maklumat kepada tangan untuk melakukan pergerakan terhadap objek tersebut. Kemahiran ini diperlukan dalam aktiviti seharian seperti membuat teh dan menyalin ayat daripada buku.


2) Membentuk spatial skills.

 Iaitu kemahiran berkaitan ruang dan bentuk. Biasanya permainan blok mempunyai bentuk asas seperti kiub empat segi, tiga segi, separa bulat, kon dan lain-lain.


3) Merangsang imaginasi dan kekreatifan untuk membuat binaan.

Contoh seperti membina rumah, tembok dan tower. Permainan blok juga boleh dimain dengan patung-patung kecil untuk 'berlakon', contoh haiwan-haiwan plastik bersama blok yang dijadikan barn.


4)  Mengenal warna.

Permainan blok yang berwarna-warni boleh menjadi alat terbaik untuk mengajar warna kepada anak.



Permainan blok ini mudah didapati. Biasanya di maktabah yang biasa, ada dijual blok-blok plastik. Al-ala Lego. Harganya juga tidak mahal dan tahan lama. Untuk blok kayu, boleh dicari di Toys R Us di City Star, harga sekitar LE50-100.  Yang paling penting, ibubapa turut sama bermain dengan anak-anak, masuk ke dunia mereka dan sama-sama berimaginasi! :)

Friday, 16 September 2011

Cara menanam minat membaca





  1. Mulakan sejak kecil. Sejak umur sebulan pun tak apa!
  2. Tetapkan satu masa khusus untuk membaca, dan lakukan dengan konsisten.
  3. Jadikan buku sebagai hadiah hari lahir, hadiah kejayaan peperiksaan atau lain-lain sambutan istimewa. Galakkan ahli keluarga dan saudara-mara yang lain melakukan hal yang sama.
  4. Bawa anak-anak ke kedai buku secara tetap (regular) dan peruntukkan sedikit belanja bulanan untuk membeli buku.
  5. Bawa anak-anak ke pesta buku atau acara-acara berkaitan dengan membaca, contoh persembahan puisi, acara bertemu penulis buku dan lain-lain.
  6. Langgan majalah khusus untuk anak-anak dan jadikan mereka sebagai penerimanya daripada posmen.
  7. Ibubapa sendiri menjadi model pembaca buku terbaik di hadapan anak-anak.




credit to: www.lovelybabypictures.com

Do's and Dont's
(diterjemah dan diolah daripada sini.)



Do

1- Luaskan 'skop' bahan bacaan. Bayi dan kanak-kanak kecil tidak mempunyai idea apa yang anda baca. Jadi anda boleh bacakan apa sahaja daripada suratkhabar, majalah anda, novel yang anda suka...yang penting kedua-dua pihak dapat meluangkan waktu membaca bersama-sama.

2- Kepelbagaian bahan bacaan. Selain buku, anda boleh tunjukkan album keluarga, kertas menu, kalendar di atas meja kepada anak anda. Apa sahaja bahan bercetak untuk dibaca!

3- Gunakan sentuhan. Buku 'sentuh-dan-rasa' merupakan alat yang bagus untuk meningkatkan kebolehan bayi dalam menggunakan deria sentuhan.

4- Ikut cara bayi anda. Ada waktu tertentu bayi anda suka buka dan tutup bukunya sahaja, atau menyusun dan memunggahkannya kembali. Itu juga dikira 'membaca'. Menjadikan buku sebagai bahan yang menyeronokkan membantu anak anda melihat buku sebagai salah satu perkara yang menggembirakan kehidupan harian mereka.

5- Buku sentiasa berdekatan. Letak buku di dalam stroller, beg bayi, kereta, berdekatan kerusi makan, malah di dalam bilik air (ada buku yang kalis air untuk tujuan ini). Ianya dapat membantu alih perhatian anak anda pada waktu-waktu anda ingin melakukan kerja.

6- Bersedia untuk mengulang. Bayi kerap mempunyai buku, gambar atau mukasurat tertentu yang menjadi kegemarannya. Mengulang bacaan tidak membosankan si anak. Tidak mengapa, dia akan mempunyai buku kegemaran yang baru pula selepas itu.

7- Tunjuk ke arah gambar. Bagi bayi dan anak kecil, ilustrasi adalah lebih penting berbanding perkataan. Anda tidak perlu membaca setiap patah perkataan di dalam buku, tetapi tunjukkan gambar-gambar yang ada dan gunakan perbendaharaan kata yang sesuai.

8- Sertai perpustakaan awam. Ianya cara yang bagus untuk menambahkan pendedahan berkaitan membaca. Anda boleh menyertai kumpulan 'story-telling' dan berjumpa dengan keluarga yang lain.


Don't:

1- Berkecil hati apabila anak tidak mahu membaca. Anak anda mungkin kelihatan 'relax' dan bersedia untuk membaca bersama anda, tetapi selepas satu muka surat, dia mulai resah atau enggan  meneruskan bacaan. Tidak mengapa, hentikan aktiviti bacaan untuk sementara waktu.

2- Terkejut atau geram apabila anak anda merangkak ke tempat lain. Dua perkara untuk diingati tentang anak yang merangkak, dia lebih berminat kepada benda-benda yang bergerak, dan dia tetap boleh mendengar suara anda. Jadi, teruskan bacaan anda...dia akan datang semula kepada anda. (jika tidak, anda boleh mencuba lain kali pula.)

3- Marah apabila anak mengoyakkan buku. Anak anda mengoyakkan bukunya? Jangan marah. Sesetengah buku dibuat supaya tahan walaupun digigit oleh bayi. Bagi anak 3-6 tahun, mereka berminat membantu anda membaiki mukasurat yang rosak. Sediakan pita pelekat untuk ini.

4- Merasa perlu menghabiskan setiap buku yang anda baca. Bagi bayi atau anak kecil, proses membaca lebih penting berbanding hasil (outcome). Anda mungkin tidak sampai ke penghabisan cerita, tetapi anda dapat meluangkan masa berharga bersama si buah hati.

5- Memberi buku bayi kepada oranglain dengan awal. Walaupun anak anda sudah membesar, dia mungkin suka membaca kembali buku-buku yang pernah dibacanya ketika kecil.

6- Memandang rendah keupayaan anak. Anda mungkin tidak nampak secara jelas pada awal perkembangan anak anda, tetapi membaca membantu penguasaan bahasa dan meningkatkan intelek anak anda kelak.

Thursday, 11 August 2011

Bahasa Isyarat



Ada kajian yang menyatakan bahawa mengajar bahasa isyarat kepada bayi dan kanak-kanak mempunyai beberapa kebaikan, antaranya ialah:

  1. Membantu mereka berkomunikasi dengan ibubapa dan oranglain seawal mungkin secara non-verbal, kerana pertuturan lidah mengambil masa yang agak lambat berbanding tingkah laku fizikal.
  2. Perbendaharaan kata mereka berkembang pantas walaupun sebelum fasih bercakap.
  3. Sebagai 'skill' tambahan atau bahasa tambahan selain bahasa ibunda.
Berikut adalah link untuk bahasa isyarat Malaysia:

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) berbeza sedikit dengan bahasa isyarat negara lain, contohnya ASL (American Sign Language) atau BSL (British Sign Language).

Di negara Barat seperti Amerika, telah ada video untuk mempelajari bahasa isyarat ini dengan lebih mudah, khususnya kepada kanak-kanak. Video berbentuk animasi dan mempunyai lagu-lagu menarik memudahkan orang awam untuk turut sama mempelajari bahasa isyarat. Jika ada ibubapa yang berminat untuk 'copy' video tersebut, bolehlah hubungi Ummu Alfateh. Tapi ianya video untuk ASL. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ASL agak berbeza dengan BIM. Buat masa ini Ummu Alfateh belum mengetahui video berkaitan BIM.

Apapun, Fateh dan Hajar telah mampu menggunakan beberapa bahasa isyarat yang telah dipelajari melalui video tersebut. Abang Fateh agak lewat mengaplikasikannya (mungkin kerana dia jenis belajar dahulu dan buat kemudian), berbanding adik Hajar yang sudah pun mula berbahasa isyarat sebelum mencecah usia setahun.


Selamat belajar, baik ibubapa mahupun si kecil!

Saturday, 6 August 2011

Membaca Buku

Minat membaca buku perlu dipupuk sejak kecil lagi. Buku kanak-kanak yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berwarna-warni
  • Saiz tulisan yang tidak terlalu kecil.
  • Gambar yang jelas dan tidak abstrak.
  • Berkulit tebal/kertas yang berkualiti.

Ini contoh beberapa buku yang sesuai bagi bayi berumur sebulan hingga 2 tahun (ya, didedahkan dengan buku seawal usia sebulan!):


1- Buku kalis air.

 Ini contoh buku yang adik Hajar baca sambil bermain air di dalam 'bathtub'.



2. Lift-and-flap book.
 

Sebelum diselak.
 
  
Selepas diselak.

3- Touch-and-feel book.




Di badan kambing biri-biri itu berbulu.



Di bawah ini pula contoh buku untuk abang Fateh (yang dah tak mahu guna buku di atas, dah puas):


Mempunyai bunyi-bunyian menarik.


 Ensiklopedia kanak-kanak.
(Ianya telah lama dicetak dan masih laku dijual sehingga sekarang. Ummu Alfateh pun membesar dengan membaca set ensiklopedia ini. Ia dijual dalam banyak bahasa. Bahasa Melayu ada, English ada, dan yang  Bahasa Arab pun ada masa di ma'rad tahun lepas.)



Kelebihan membeli buku-buku seperti ini adalah ianya tahan lama, maka bukan sahaja anak sulung dapat menggunakannya, malahan ia boleh kekal sehingga adik yang ke-10, hehe! Seriously, set ensiklopedia dan buku-buku cerita yang Ummu Alfateh guna semasa kecil dahulu masih ada lagi sekarang di rumah ibubapa Ummu Alfateh. Kiranya lepas ni boleh pula diwarisi generasi Fateh. The point is, tak rugi berbelanja lebih sedikit untuk buku yang bagus.


Fateh dan Hajar membaca buku sebelum tidur. Ianya juga sebagai cara mereka 'cool down' daripada mode bermain. Waktu membaca buku juga adalah waktu ibubapa bersama dengan anak-anak tanpa gangguan komputer/television/permainan.