Friday 9 December 2011

Bermain blok





 kredit gambar: www.123rf.com


Permainan blok mempunyai beberapa kelebihan kepada kanak-kanak seperti:

1) Melatih koordinasi tangan-mata.

Si kecil akan memberi sepenuh tumpuan untuk membina blok dengan berhati-hati supaya tidak jatuh.
Ini memerlukan pergerakan mata yang selari dengan pergerakan tangan. Koordinasi tangan-mta secara mudah bermaksud : objek yang dilihat akan diproses oleh otak dan kemudian otak menghantar maklumat kepada tangan untuk melakukan pergerakan terhadap objek tersebut. Kemahiran ini diperlukan dalam aktiviti seharian seperti membuat teh dan menyalin ayat daripada buku.


2) Membentuk spatial skills.

 Iaitu kemahiran berkaitan ruang dan bentuk. Biasanya permainan blok mempunyai bentuk asas seperti kiub empat segi, tiga segi, separa bulat, kon dan lain-lain.


3) Merangsang imaginasi dan kekreatifan untuk membuat binaan.

Contoh seperti membina rumah, tembok dan tower. Permainan blok juga boleh dimain dengan patung-patung kecil untuk 'berlakon', contoh haiwan-haiwan plastik bersama blok yang dijadikan barn.


4)  Mengenal warna.

Permainan blok yang berwarna-warni boleh menjadi alat terbaik untuk mengajar warna kepada anak.



Permainan blok ini mudah didapati. Biasanya di maktabah yang biasa, ada dijual blok-blok plastik. Al-ala Lego. Harganya juga tidak mahal dan tahan lama. Untuk blok kayu, boleh dicari di Toys R Us di City Star, harga sekitar LE50-100.  Yang paling penting, ibubapa turut sama bermain dengan anak-anak, masuk ke dunia mereka dan sama-sama berimaginasi! :)