Saturday 8 January 2011

Panduan Untuk Melatih Anak Ke Tandas (Potty Training)

     Kebanyakan ibu bapa tidak sabar hendak melatih anak kecil mereka menggunakan tandas. Alasan yang sering diberikan: untuk memberhentikan penggunaan diapers. Hanya segelintir ibubapa sahaja yang prihatin bahawa latihan ke tandas adalah satu perkara yang mengambil masa. Memang ada anak yang hanya memerlukan hanya beberapa hari untuk menjadi 'biasa' ke tandas, tetapi ada yang memerlukan tempoh hingga beberapa bulan. Bahkan secara umumnya, lebih awal anda (ibubapa) memulakan latihan ke tandas ini, lebih lama masa yang diambil untuk si anak menjadi mahir.

Berikut adalah panduan sebelum anda melatih anak ke tandas:

1. Lihat petanda si anak sudah bersedia - begitu juga anda.

     Ramai ibubapa yang memulakan latihan ke tandas apabila anak mereka mula memasuki umur dua hingga dua tahun setengah. Tetapi ramai kanak-kanak yang hanya bersedia apabila mereka berumur sekitar 3 tahun, bahkan ada juga yang mencecah umur 4 tahun. 

     Adalah penting untuk ibubapa supaya bertenang dan tidak menyalahkan diri sendiri sekiranya anak anda kelihatan 'lambat bersedia'. Yang penting, sentiasa berikan sokongan moral, kerana lambat-laun si anak pasti akan belajar juga.

    Antara tanda-tanda si anak sudah boleh memulai latihan ke tandas ialah dia menunjukkan rasa tidak senang apabila diapers sudah kotor, atau mahu segera menukar diapers, atau menunjuk ke arah tandas semasa membuang air.

    Jangan beri tekanan kepada si anak kerana ianya hanya menimbulkan rasa tidak selesa kepada si anak. Ibubapa juga perlu beringat bahawa cara yang berkesan pada si abang/kakak mungkin tidak berkesan pada si adik. Anak sulung juga biasanya lebih lambat mahir berbanding si adik. Anak lelaki juga biasanya lebih lambat mahir berbanding anak perempuan.

     Perhatikan juga persekitaran si anak. Jika ada perubahan besar yang sedang berlaku - pengasuh baru/baru mendaftar ke pusat asuhan/baru berpindah rumah dan seumpanya - si anak juga mungkin lambat mahir semasa latihan ke tandas ini dijalankan. Ibubapa tidak perlu menekan si anak, sebaliknya beri peluang beliau menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan latihan tersebut boleh disambung kembali.

    Latihan ke tandas ini juga tidak akan berjaya jika ibubapa tidak dapat memberi perhatian penuh tetapi dalam keadaan tenang dan ada sense of humor. Kerjaya baru, ubahsuai rumah, alahan kerana mengandung anak seterusnya adalah beberapa keadaan yang mungkin memenatkan ibubapa. Maka tangguhkanlah latihan ke tandas sehingga anda betul-betul bersedia.


2. Beli peralatan yang sesuai.

     Sediakan kerusi tandas yang khusus untuk kanak-kanak yang diperbuat daripada plastik. Samada ia berbentuk kerusi (si anak boleh membuang air tanpa perlu duduk di tandas sebenar) atau adapter seat yang diletakkan di atas tandas sebenar (kerana ada kanak-kanak yang takut dengan saiz lubang yang besar).

    Selain itu, ibubapa juga boleh belikan buku dan video berkaitan potty training, supaya si anak berfikiran positif dan bersedia untuk melakukan latihan ke tandas dengan gembira.

Contoh adapter seat yang comel.




Kerusi tandas khas untuk si kecil.


3. Wujudkan rutin 'duduk di atas tandas'.

     Pilih satu masa untuk anda jadikan rutin supaya si anak duduk di atas tandas. Awal pagi selepas bangun tidur, selepas sarapan, sebelum mandi - masa yang anda rasakan si anak akan membuang air. Kemudian dudukkan anak dan biarkan dia biasa dan selesa dengan situasi duduk tanpa memakai seluar. Terangkan kepada anak ianya perkara yang ibubapa dan abang/kakak beliau lakukan setiap hari. 

    Jika si anak enggan duduk atau kelihatan takut, jangan paksa. Biarkan 3-4 hari berlalu sebelum anda memulakan kembali suasana 'duduk di atas tandas'. Setelah anak kelihatan bersedia dan boleh duduk dengan elok, bermakna anda boleh meneruskan proses selanjutnya.

.....bersambung,




1 comments:

Wan said...

Mana hdk beli
Saya dok di ampang

Post a Comment