Sunday 28 February 2010

Masalah tidur bayi/kanak-kanak

Antara masalah yang sering tidak diambil serius oleh ibubapa di Mesir adalah masalah waktu tidur anak yang tidak tetap. Ada sesetengah kanak-kanak yang berjaga di waktu malam dan tidur sepanjang waktu siang. Sepatutnya ibubapa melatih anak-anak supaya mematuhi waktu tidur yang betul, kerana tidur sangat penting bagi tumbesaran fizikal dan mental mereka.

Mengapa mesti tidur malam?

Setelah cahaya matahari hilang dan bermulanya waktu malam, badan akan mula mengeluarkan hormon melatonin. Melatonin akan membuat kita mengantuk dan 'internal clock' dalam badan kita akan mengetahui bahawa waktu tidur sudah tiba. Waktu tidur adalah waktu badan anak membesar dan membaiki sel-sel yang rosak. Selain itu, tidur yang cukup dan berkualiti juga membolehkan si anak menjadi cergas dan mempunyai 'mood' yang baik pada keesokan hari.

Oleh itu, jika anda ingin anak anda mempunyai personaliti yang bagus, berprestasi baik di sekolah dan memiliki badan yang sihat, pastikan anak anda tidur secukupnya di malam hari.

Berapa jamkah waktu tidur untuk kanak-kanak?

0-2  bulan: 10 jam hingga 18 jam. 
  • Ketika ini, waktu tidur mereka adalah tidak tetap. Mereka mungkin tidur antara beberapa minit hingga beberapa jam. 
  • Biasanya mereka berjaga untuk 1-3 jam, kemudian tidur kembali, dan berjaga kembali (1-3 jam) dan kitaran ini berulang.
3-11 bulan:  9-12 jam sehari pada waktu malam, dan 30min hingga dua jam untuk 'nap' (tidur siang).
  • Kebanyakan bayi berusia 9 bulan sudah boleh tidur sepanjang malam tanpa berjaga untuk minum susu (atau hanya terjaga sekali dua).
  • Nap pada usia ini biasanya antara 1-4 kali, dan ia semakin berkurang apabila bayi menghampiri usia setahun.
1 tahun - 3 tahun:  12-14 jam pada waktu malam, 1-3 jam untuk 'nap'.
  • Nap pada usia ini hanya sekali (sekitar antara zohor dan asar), dan tidak sepatutnya menghampiri waktu tidur malam kerana ini akan melambatkan pula tidur malam mereka.
  • Nighttime fear dan nightmare (mimpi ngeri) adalah biasa pada peringkat ini, dan menyebabkan mereka terjaga malam.
3 - 5 tahun:  11-13 jam pada waktu malam
  • Nap juga berkurang kepada sekali sehari, dan selepas berusia 5 tahun, kebanyakan kanak-kanak tidak nap langsung. Selain nighttime fear dan nightmare, sleepwalking juga biasa pada usia ini.

Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa melatih anak-anak supaya mematuhi waktu tidur yang ditetapkan, dan bukannya hanya membiarkan anak mereka bermain 'games' atau menonton kartun sepanjang malam. Bahkan ibubapa sendiri perlu menjadi model dengan menghentikan aktiviti apabila tibanya waktu tidur.

Action speaks louder than words.

    Saturday 27 February 2010

    Istilah berkaitan bayi/kanak-kanak

    Insya Allah jika berkesempatan, akan ada artikel-artikel berkaitan kesihatan bayi dan kanak-kanak, serta tajuk-tajuk lain yang sesuai untuk keluarga. Tujuan utama adalah supaya ibubapa di Mesir khususnya lebih faham apabila artikel berkenaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengantara. Website Barat sebenarnya lebih banyak maklumat dan lebih lengkap, tetapi jika penguasaan bahasa Inggeris lemah, maka sukar untuk memahami isi yang ada di dalam website-website tersebut.

    Berikut beberapa istilah yang digunakan di dalam website berbahasa Inggeris berkaitan bayi dan kanak-kanak:
    •  newborn : bayi yang baru lahir hingga 2 bulan
    • infant : bayi 2-11 bulan
    • toddler : setahun hingga 3 tahun
    • pre-schooler : 3 tahun - 5 tahun
    • breastfeeding : susuan badan
    • artificial feeding :  susuan selain susu badan
    • antenatal/prenatal : sebelum kelahiran bayi (tempoh mengandung)
    • natal : kelahiran
    • post natal : selepas kelahiran

    Jika ibubapa boleh ber'facebook' atau membaca berita online, apa salahnya jika sedikit masa diluangkan untuk melayari website  berikut untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan anak-anak:
    • parenting.ivillage.com
    • www.babycenter.co.uk
    • www.thenewparentsguide.com

      Wednesday 24 February 2010

      Sepintas Lalu

      Aktiviti untuk si kecil....

      Baby Sign Language

      Satu cara untuk membolehkan kanak-kanan berkomunikasi dengan orang di sekeliling mereka secara non-verbal, terutamanya bagi yang berumur 2 tahun ke bawah.  Kemahiran ini juga boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan orang pekak dan bisu, justeru menambahkan lagi kemahiran sosial yang boleh digunapakai di dalam masyarakat apabila mereka dewasa kelak.

      Medium yang boleh digunakan: video, flashcard, buku.



      Artwork: Making Your Own Animal Mask

      Latihan menggunting dan mewarna adalah untuk melatih otot-otot di tangan, terutamanya jari. Selain itu, boleh juga diselitkan fakta-fakta berkaitan binatang yang dilukis (cth: di mana harimau hidup? Apa makanan harimau? Bagaimana bunyi harimau?)



      Read-it-together

      Sebagai memupuk minat membaca di dalam jiwa kanak-kanak. Lakonan dan tiru gaya watak buku sangat sesuai untuk menghidupkan suasana.

      Play Happily!

      Kanak-kanak bermain bebas sesama mereka, di samping ibubapa mengajar erti berkongsi, beratur, berterima kasih dan sebagainya. Ini membolehkan kanak-kanak memahami erti kehidupan bermasyarakat. Jika si kecil dalam kategori bayi, dia juga mendapat manfaat dengan mengenal bayi/kanak-kanak lain, dan belajar membezakan antara ahli keluarga dan orang asing, serta beza antara orang dewasa dan kanak-kanak.

      Snack time....is makan time!


      Justeru, dengan sepintas lalu aktiviti yang dirancang  ini, diharapkan ibubapa lebih berminat untuk membolehkan anak-anak mereka menghadiri Playdate #1.

      Tuesday 23 February 2010

      Plan Untuk Playdate #1

      (Masih dalam perancangan awal. Kalau berminat, hubungi Ummu Iman yer).

      Tarikh/Hari: Jumaat,  5 Mac 2010
      Masa: Selepas Asar*
      Tempat: Dewan Rumah Selangor*

      Jemputan: Terbuka kepada semua kanak-kanak pelajar Malaysia Kaherah yang berusia 5 tahun dan ke bawah. Bayi juga digalakkan hadir (kanak-kanak mestilah ditemani ibu sahaja, atau seorang akhawat sebagai penjaga jika ibu tidak dapat hadir)



      Tema: Bebas

      Aktiviti yang dirancang: 
      • Slot 1: Baby Sign Language
      • Slot 2: Art Time - Make Your Own Animal Mask
      • Slot 3: Read-it-together
      • Slot 4: Play Happily!
      • Slot 5: Snack time

      Keperluan:  Setiap peserta hendaklah membawa bersama gunting, krayon/pensil warna, 2 alat permainan (apa-apa sahaja) dan sebuah buku cerita. Bayi berumur 9 bulan ke bawah dikecualikan daripada perkara ini :)



      Nota kaki: 
      # Insya Allah snack untuk kanak-kanak akan disediakan. Sila pastikan anak anda makan dahulu sebelum aktiviti bermula, untuk mengelakkan mereka meragam atau konsentrasi terganggu kerana perut yang lapar. Sebaik-baiknya sediakan bekal jika mereka tidak mahu makan dahulu.
      # Sumbangan snack amatlah dialu-alukan (cth epal,pisang,biskut,susu segar).
      # Perkara bertanda *  mungkin berubah, insya Allah akan diconfirmkan kemudian.
      #Akan ada moderator yang memberi penerangan bagi slot-slot yang dirancang.

      Playdate Info

      Definisi:  Perjumpaan yang diaturkan untuk kanak-kanak -samada one-to-one atau berkumpulan- bagi membolehkan mereka bermain bersama-sama untuk beberapa jam. Di Barat, ianya cara yang sering digunapakai oleh ibubapa yang sibuk bekerja, dan juga kerana ada peraturan yang melarang kanak-kanak bermain (di padang permainan dll) tanpa pengawasan penjaga.

      Di Kaherah, kekangan waktu di kalangan ibubapa (yang kebanyakannya pelajar), jarak tempat tinggal berjauhan dan juga kekurangan fasiliti bagi kanak-kanak adalah beberapa faktor mengapa idea 'playdate' ini tercetus.


      Kebaikan:
      1. Menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya mereka.
      2. Mengajar kanak-kanak erti berkongsi dan bertolak-ansur semasa bermain.
      3. Memberi peluang kanak-kanak bermain dalam suasana yang baru.
      4. Ibubapa juga boleh berkenalan, bertukar-tukar pendapat dan menjalin persahabatan baru.


      Aktiviti: Playdate biasanya diisi dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang sesuai mengikut umur kanak-kanak. Artwork, reading out loud, dress-up dan games adalah contoh akiviti yang boleh dilaksanakan. Selain itu, playdate juga boleh dilakukan di luar rumah, contohnya zoo, taman rekreasi dan muzium.

      Pengenalan

      Insya Allah tidak lama lagi akan ada aktiviti 'playdates' buat anak-anak kecil di Kaherah. Blog ini akan memuatkan sedikit-sebanyak info yang berkenaan dengan 'playdates' tersebut. Selain itu, artikel-artikel dan maklumat berkaitan kemahiran keibubapaan (parenting skill), kesihatan keluarga serta lain-lain lagi akan ditambah mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Diharapkan ibubapa di Kaherah dapat memanfaatkan blog ini sebaik mungkin. Wassalam.